Isnin, 27 Jun 2011

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH



• MENYEDIAKAN PENDIDIKAN YANG BERKUALITI KEPADA PELAJAR SUPAYA MENJADI INSAN BERDAYA-SAING, BERDISIPLIN  DAN CEMERLANG.

• BERSEDIA MELAYAN  PELAJAR, IBU BAPA DAN WARIS PELAJAR DALAM SEMUA URUSAN SEKOLAH DENGAN SEGERA.

• SENTIASA BERUSAHA MEWUJUDKAN SUASANA SEKOLAH YANG LEBIH CERIA, INDAH, DAN MENYEMAI SEMANGAT TANGGUNGJAWAB SERTA CINTA AKAN SEKOLAH.

• SENTIASA BERUSAHA MENINGKATKAN TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURIKULUM DAN KOKURIKULUM.

• SENTIASA MEWUJUDKAN HUBUNGAN  HARMONI DI KALANGAN KOMUNITI SEKOLAH.

SEJARAH SEKOLAH


Sejarah SK.Mamagun,Keningau.

Sekolah Kebangsaan Mamagun telah dirasmikan pembukaannya  oleh Tuan Haji Mohd.Abdul Talib Bin Mohd.Zin , KMN, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah  pada 27 Julai 1991 bersamaan dengan 15 Zulhijah !412. Sebelum itu, sekolah ini telah beroperasi lebih sepuluh tahun di mana ia dibuka sebagai sebuah sekolah kebangsaan pada tahun 1980.
Pada masa itu, enrolmen sekolah ini mencapai 80 hingga 100 orang pada satu-satu tahun persekolahan. Oleh sebab desakan untuk mencari sumber ekonomi, ramai keluarga yang berpindah ke kampung lain seperti Kg.Likowon, Kg.Bonor,Kg.Membulu malah ke Pekan Keningau untuk mencari pekerjaan.Ini menyebabkan pelajar sekolah ini semakin berkurangan.
Apa bila operasi pembalakan di kawasan sekitar sini mula dihentikan diawal era 2000-an, guru-guru mula menghadapi masalah untuk datang ke sekolah ini. Ini kerana jalan raya mula rosak dan tiada penyelenggaraan. Pernah dalam beberapa tahun hanya 2 orang guru yang bertugas di sekolah ini.
Adalah menjadi harapan komuniti setempat, dengan pertambahan guru (kini 10 orang) dan ura-ura pembaikan jalan raya, prestasi akademik sekolah ini akan meningkat. Juga dengan Anugerah New Deal 2010, oleh Kementerian Pelajaran Malaysia menjadi suntikan semangat kepada staf sekolah dan komuniti setempat untuk terus menaikkan status sekolah dalam zon Dalit.

VISI MISI & LOGO SEKOLAH


MOTO SEKOLAH


ILMU TERAS KEJAYAAN

SLOGAN SEKOLAH


CEMERLANG MATLAMAT  KAMI

LOGO SEKOLAH







 
WARNA SEKOLAH
 
KUNING:             Melambangkan kepatuhan kepada undang-undang dan Rukun Negara Malaysia.
BIRU:                     Melambangkan perpaduan dan permuafakatan warga sekolah.
PUTIH:                  Melambangkan jiwa dan minda kanak-kanak yang suci dan murni.
COKLAT:               Melambangkan masyarakat yang kaya dengan warisan budaya.

Stuktur kompsisi dan takrif
~Perisai membawa maksud mempertahankan ketinggian pendidikan di sekolah
~Obor adalah simbol membawa kemajuan khususnya di dalam bidang pendidikan
~Buku terbuka melambangkan rancangan yang teratur untuk kemajuan di masa akan datang    dan sumber ilmu yang mesti dicapai
~Pensel melambangkan asas kemahiran 3M dan skrol sebagai simbol kejayaan yang menjadi 
  hak sesiapa yang berusaha.
 
VISI SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN MAMAGUN CEMERLANG MENJELANG 2014

MISI SEKOLAH
Untuk mencapai visi ini, Sekolah Kebangsaan Mamagun  berazam untuk:-

1. Memimpin, mengurus dan mentadbir sekolah dengan lebih cekap dan berkesan.
2. Melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam kokurikulum
3. Melahirkan pelajar-pelajar yang berbudi pekerti dan berakhlak mulia.
4. Melahirkan pelajar-pelajar yang berkebolehan dalam kokurikulum
5. Mewujudkan prasarana yang selamat, kondusif dan ceria.
6. Menjalinkan hubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti.



MATLAMAT STRATEGIK SEKOLAH
Misi sekolah:-

Melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam kurikulum.
Matlamat strategik
1. Memastikan kualiti pengajaran guru di tahap optima dengan menggunakan sumber-sumber yang     
    ada secara maksima.
2. Memastikan Pusat Sumber Sekolah berfungsi sebagai pusat kecemerlangan ilmu.
3. Memastikan panitia merancang, mengurus dan melaksana semua program pendidikan dengan 
    lebih efisyen.
4. Membantu pelajar menjalani kehidupan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek 
    dan sahsiah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan masyarakat luar.
5. Menyediakan pelajar yang bersikap telus, bermotivasi tinggi dan berdaya saing dalam menghadapi 
    cabaran pendidikan.
6. Meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar minimum B dalam semua subjek.