Sejarah SK.Mamagun,Keningau.
Sekolah Kebangsaan Mamagun telah dirasmikan pembukaannya oleh Tuan Haji Mohd.Abdul Talib Bin Mohd.Zin , KMN, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah pada 27 Julai 1991 bersamaan dengan 15 Zulhijah !412. Sebelum itu, sekolah ini telah beroperasi lebih sepuluh tahun di mana ia dibuka sebagai sebuah sekolah kebangsaan pada tahun 1980.
Pada masa itu, enrolmen sekolah ini mencapai 80 hingga 100 orang pada satu-satu tahun persekolahan. Oleh sebab desakan untuk mencari sumber ekonomi, ramai keluarga yang berpindah ke kampung lain seperti Kg.Likowon, Kg.Bonor,Kg.Membulu malah ke Pekan Keningau untuk mencari pekerjaan.Ini menyebabkan pelajar sekolah ini semakin berkurangan.
Apa bila operasi pembalakan di kawasan sekitar sini mula dihentikan diawal era 2000-an, guru-guru mula menghadapi masalah untuk datang ke sekolah ini. Ini kerana jalan raya mula rosak dan tiada penyelenggaraan. Pernah dalam beberapa tahun hanya 2 orang guru yang bertugas di sekolah ini.
Adalah menjadi harapan komuniti setempat, dengan pertambahan guru (kini 10 orang) dan ura-ura pembaikan jalan raya, prestasi akademik sekolah ini akan meningkat. Juga dengan Anugerah New Deal 2010, oleh Kementerian Pelajaran Malaysia menjadi suntikan semangat kepada staf sekolah dan komuniti setempat untuk terus menaikkan status sekolah dalam zon Dalit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan